Sudah lama aku tidak menulis disini....minggu ni masuklah minggu ke 3 kita semua berpuasa. Tinggal lebih kurang 10 hari lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri...sungguh cepat rasanya masa berlalu. Banyak sangat perkara-perkara duniawi yang aku pikirkan sehingga aku mengabaikan kedatangan bulan yg mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan dari Allah SWT. Sesungguhnya aku insan yang lemah...
Pada minggu ini juga, aku menjalani praktikum di SK Bandar Tun Razak, rompin, pahang. Sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal aku. Perjalanan ke sekolah tiada masalah kerana dekat jer..huhu...hari pertama melapor diri berjumpa dengan Guru Besar, Tn. Hj. Samidi juga tiada masalah kerana aku sudah kenal dan biasa dengan beliau. Beliau senang diajak berbual dan memberikan pandangan dan kerjasama yang amat baik sekali. Begitu juga cikgu- cikgu sekolah tersebut, mereka semua memberikan kerjasama yang baik sekali..termasuk gpk dan jugak kerani pentadbiran.
Sekarang aku hanya perlu memikirkan bagaimana nak menyiapkan laporan yang perlu aku hantar sebaik sahaja kembali ke iab nanti. Bahan- bahan sudah sikit aku kumpul. Harap nanti tiada masalah untuk aku menyiapkan tugasan tersebut. Pensyarah penyelia aku, Ustz Shafizi Aziz telah aku call, katanya minggu depan akan dtg berkunjung ke sekolah aku menjalani praktikum itu. Jadi aku perlu juga bersedia serba sedikit...
sekian untuk kali ni...
10 September 2009
22 Julai 2009
SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
KE-16
TEMA
DISTRIBUTED LEADERSHIP
TARIKH
21-24 JULAI 2009
TEMPAT
AUDITORIUM DATO' RAZALI ISMAIL, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, GENTING HIGHLANDS
DIRASMIKAN OLEH
Y.BHG.DATIN ASARIAH BT MIOR SHAHARUDDIN

20 Julai 2009
Belajar Membuat Blog
Pada hari ini, semua teman-teman aku belajar membuat blog. Diharapkan semua rakan kelas kita berjaya membina blog masing-masing
15 Julai 2009
My blog
Salam Sejahtera,
Selamat datang ke my blog. Ini adalah catatan pertama aku dalam blog ini. Pada tanggal 1 Julai 2009, bermulalah perjalanan hidup aku sebagai pelajar di IAB induk. Institut Atas Bukit, begitulah kata-kata yang aku dengar dari kalangan penghuni di sini.Cuacanya memanglah sejuk dari tempat aku. Aku menghuni di asrama tingkat 4, naik tangga itu memang perkara biasa bagi aku. Tapi ada lagi satu tangga yang aku rasa tak sanggup juga nak panjat hari-hari, tapi apa boleh buat, aku anggap itu lah cabaran belajar disini. Nak tak nak kena la juga aku panjat untuk ke kuliah yang terletak di bangunan induk. Alah bisa tegal biasa kata pepatah yang sering diungkap bila mengharungi sesuatu cabaran.

Langgan:
Catatan (Atom)