10 September 2009

Salam Ramadan

Sudah lama aku tidak menulis disini....minggu ni masuklah minggu ke 3 kita semua berpuasa. Tinggal lebih kurang 10 hari lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri...sungguh cepat rasanya masa berlalu. Banyak sangat perkara-perkara duniawi yang aku pikirkan sehingga aku mengabaikan kedatangan bulan yg mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan dari Allah SWT. Sesungguhnya aku insan yang lemah...

Pada minggu ini juga, aku menjalani praktikum di SK Bandar Tun Razak, rompin, pahang. Sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal aku. Perjalanan ke sekolah tiada masalah kerana dekat jer..huhu...hari pertama melapor diri berjumpa dengan Guru Besar, Tn. Hj. Samidi juga tiada masalah kerana aku sudah kenal dan biasa dengan beliau. Beliau senang diajak berbual dan memberikan pandangan dan kerjasama yang amat baik sekali. Begitu juga cikgu- cikgu sekolah tersebut, mereka semua memberikan kerjasama yang baik sekali..termasuk gpk dan jugak kerani pentadbiran.

Sekarang aku hanya perlu memikirkan bagaimana nak menyiapkan laporan yang perlu aku hantar sebaik sahaja kembali ke iab nanti. Bahan- bahan sudah sikit aku kumpul. Harap nanti tiada masalah untuk aku menyiapkan tugasan tersebut. Pensyarah penyelia aku, Ustz Shafizi Aziz telah aku call, katanya minggu depan akan dtg berkunjung ke sekolah aku menjalani praktikum itu. Jadi aku perlu juga bersedia serba sedikit...

sekian untuk kali ni...

0 ulasan:

Catat Ulasan